Perihal Tin & Halal

0 comments
Nampaknya, Industri Halal di Volgograd sudah maju setapak ke hadapan. Bermula dengan pemasaran ayam mentah halal di pasaraya OK sekitar penghujung 2010, kini sekali lagi pasaraya tersebut memperperkenalkan masakan halal segera dalam tin: beef stew, turkey, mutton. Produk yang berlogo Halal oleh Mufti Russia itu pada awal pemasarannya dijual dengan harga promosi, yang jelas menggambarkan pengiktirafan negara bekas komunis ini terhadap komuniti Islam di Russia.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat,Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat tersebut, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya,dan barangsiapa yang jatuh dalam perkara syubhat, maka dia jatuh kepada hal yang haram” “(Riwayat Bukhari & Muslim)

Jadi, pilillah yang halal, tinggalkan bukan saja yang haram, tapi yang ragu-ragu juga =)


Post a Comment