Choc Cheese Brownies

0 comments


Assalammualaikum.
Saya suka cheese,saya suka brownies,dan saya buat chocolate cheese brownies!!


Chocolate Cheese Brownies 

Bahan-bahan:


A)
 2 Cawan tepung gandum
1 Sudu kecil soda
(Bahan-bahan di atas perlu diayak)



B)
Coklat bar (2 keping)
Butter 200 gm
Sebuk koko 2 Sudu besar
Gula 10 Sudu besar
Telur 2 biji
Esen vanilla(untuk menghilangkan bau telur)

C)

Walnut/Almond(dipotong kecil)

D) 

Cream cheese 500 gm
Telur 1 biji
Gula 4 sudu besar

Cara-cara:
Untuk brownies
1)Ayak bahan-bahan di bahagian A.
2)Masukkan gula ke dalam telur dan kacau hingga gula hancur sepenuhnya.
3)Cairkan butter bersama coklat di atas api yang kecil,masukkan serbuk koko.
4)Biarkan sebentar hingga sejuk.
5)Masukkan telur bersama gula ke dalam tepung yang telah siap diayak.
6)Masukkan butter bersama coklat ke dalam tepung.Masukkan walnut/Almond
7)Pukul hingga kembang
8)Masukkan ke dalam tray untuk dimasukkan ke dalam oven pada suhu 175 deg cel selama 35 minit

Untuk topping
1)Kacau cheese dan masukkan telur dan gula bersama
2)Ratakan ke atas brownies yang telah siap dimasak
3)Masukkan ke dalam oven selama 15 minit

untuk menambahkan lagi kelazatan chocolate cheese brownies ini, hidangkan brownies ini bersama rakan sebilik dan juga jiran tetangga anda..memang sungguh ummph!! rasanya jika dikongsi dengan lebih ramai orang lagi.. =)



Selamat mencuba!


wallahu'alam.



Post a Comment