KURSK UPDATES

0 comments



KUSRK UPDATES




Assalamualaikum  wrt.  Febuari dimulakan dengan  ucapan syukur Alhamdulillah kepadaNya atas kesempatan untuk menghirup udara dan terus menikmati jutaan nikmatNya di bumi Soviet ini.

Semester baru musim bunga ini bermula pada 6 Feb bagi seluruh pelajar Kursk State Medical University (KSMU). Oleh itu, tidak banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini.

Pada 9 Feb lepas, KSMU menyambut ulangtahunnya  ke 77 tahun.  Kelas hanya berjalan separuh hari, untuk memberi ruang kepada pihak universiti mengadakan sambutan sempena hari lahir Alma Mater ini.
Namun, sejajar dengan Gorky Games yang semakin menghampiri, para pelajar semakin rancak dengan latihan-latihan intensif sukan dari hari ke hari saban minggu.
Tiada aktiviti grand yang telah dijalankan samada dari pihak KMSA, UMNO, atau PPIM sendiri. Namun, perancangan aktiviti untuk bulan seterusnya akan terus memenuhi takwim sepanjang tahun 2012 ini insya Allah.


Post a Comment