Musim Panas : Jagalah Matamu,Wahai Anak Muda!

0 comments


Prenote : Penulisan ditujukan sebagai Peringatan buat Golongan Jejaka terutamanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan kita,Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Russia

Russia merupakan sebuah Negara yang (dengan izin Allah SWT) dikurniakan dengan pelbagai Musim dalam Setahun.Walaupun begitu,atas Faktor Geografi,kebanyakan masa menyaksikan Negara ini berada dalam liputan Salji.

Alhamdulillah - kerana dengan izin Allah SWT - kita,Para Pelajar Malaysia di Russia diberi kesempatan melihat Musim Sejuk di Russia ini.

Ini sebenarnya satu peluang yang bukan semua orang miliki.Jadi,sama-samalah kita bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah.

*** *** ***

Musim Panas

Kita sekarang sudah berada dalam Bulan April.

Dan,Musim Panas sudah semakin menghampiri.

Adalah menjadi suatu perkara yang biasa jika kita menyambut Musim Panas dengan gembira.

Tapi,dalam keseronokan di Musim yang Santai ini,janganlah kita turut sama 'mensantaikan' batas-batas kita sebagai seorang Muslim.

*** *** ***

Gadis Dan Jejaka Musim Panas


Seperti yang kita sedia maklum,apabila tiba Musim Panas,pakaian Para Gadis dan Jejakanya juga turut sama menjadi 'Panas'.

Suka saya ingatkan untuk kita Para Muslim untuk sentiasa menjaga mata kita.

Pada saya,perkara ini sangat penting diingatkan kerana banyak masa - menyaksikan kita seorang diri di luar sana.

Jadi,di dalam Metro sebagai contoh - jagalah mata anda.Janganlah leka melihat 'Awek'.

Memanglah 'seronok' melihat 'Awek',tapi kita kena ingat,setiap perkara yang dilakukan di Dunia ini,kelak di Akhirat - akan dipersoalkan kembali kepada kita.

Mata kita,lidah kita,pendengaran kita - semua itu akan menjadi Saksi terhadap segala perbuatan kita.Jika perbuatan baik yang dilakukan,beruntunglah kita.Jika maksiat yang dilakukan semasa hidup,celakalah kita.

Astaghfirullah.Bayangkan saat kita disoal kelak kerana kejahatan yang kita lakukan di Dunia ini?

*** *** ***

Kenapa Kita Perlu Menjaga Mata?

Di bawah ini,saya copy beberapa Terjemahan Ayat Al-Quran untuk kita renung bersama,

"...sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. [Al-Isra' : Ayat 36]

"...dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan." [An-Nahl : 93]

Ayat-ayat di atas menjadi bukti jelas kenapa kita perlu menjaga mata kita.

Selain itu,mata yang tidak terjaga (yakni sering melihat perkara-perkara Maksiat),akan mengotorkan hati kita.

Ini semua akan membawa effect kepada Iman kita juga akhirnya.

Renungkanlah.

Ingat,Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan perbuatan kita.

Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan. [Al-An'am : 132]

Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. [Al-Mulk : 23]

*** *** ***

Tips Menjaga Mata Di Musim Panas

1) Elakkan jalan berseorangan di Tempat-Tempat yang 'mengundang maksiat mata'.
2) Sentiasa mengingati mati.
3) Banyakkan istighfar dan zikir.Ia akan membuatkan kita sentiasa ingat dan 'alert' bahawa Allah SWT sedang Melihat kita.

Ya.Ianya memang mencabar.Tapi ketahuilah,perkara yang dilakukan kita dengan sukar,tapi jika diniatkan semata untuk mendapat keredhaan-Nya,insya-Allah akan dibalas dengan baik di Akhirat kelak.

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kita boleh menipu manusia.Tapi Allah SWT - Dia Maha Mengetahui.Beristighfarlah.




Post a Comment