Tutorial Photoshop

0 comments


Assalammualaikum,


Berminat utk mempelajari photoshop namun tiada sesiapa yang berkebolehan untuk mengajar?
Usah khuatir.
Kami telah menjumpai bukan satu tetapi 3 Saluran Menarik Untuk Mengikuti Tutorial Photoshop Di YouTube
Adobe Photoshop, walaupun ianya agak mahal untuk dibeli, boleh dikatakan, ramai pengguna komputer yang telah mencuba dan menggunakannya dalam merekabentuk pelbagai perkara melaluinya. Adobe sendiri sedang melalui proses pembangunan Adobe Photoshop CS6 yang mana mungkin dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi.



Salah satu perkara yang sering ditanya adalah dimana untuk merujuk untuk mendapatkan tutorial berkaitan dengan Photoshop daripada asas kepada perkara yang lebih menarik, dan bermain dengan pelbagai efek.

Walaupun terdapat beberapa laman yang menyediakan tutorial dalam bentuk gambar dan sebagainya, mungkin pengguna lebih gemar mengikutinya melalui video, dan berikut merupakan empat saluran YouTube yang memfokuskan kepada tutorial Photoshop dalam bentuk video.




Creative Sweet TV (http://www.youtube.com/user/mchughm1/videos )
Melalui saluran Creative Sweet TV, ia menawarkan video bukan sahaja memfokuskan kepada Photoshop, tetapi beberapa aplikasi lain daripada Adobe, termasuk Indesign, Acrobat dan sebagainya.

Iceflow Studios (http://www.youtube.com/user/IceflowStudios/videos )
Bagi yang ingin mengikuti pelbagai video asas dalam Photoshop, mungkin ini merupakan salah satu saluran khas untuk anda, dimana berbeza dengan Creative Sweet TV, saluran ini sedikit aktif, dan menawarkan pelbagai tutorial daripada menambah efek dan sebagainya.

TutorVid (http://www.youtube.com/user/TutorVidCom/videos )
Saluran YouTube TutorVid ini menawarkan pelbagai tutorial untuk pengguna Photoshop, bukan sahaja pada tahap asas, tetapi pada tahap yang lebih tinggi, membolehkan anda mengikuti pelbagai fasa dalam pembelajaran mengenai efek khas Photoshop dan sebagainya.

Lain-lain
Terdapat pelbagai saluran lain yang turut memfokuskan kepada tutorial berkaitan Photoshop, seperti PhotoshopMama (http://www.youtube.com/user/photoshopmama/videos ), dan beberapa lagi hasil carian menarik apabila dilakukan pada YouTube.



Sekiranya anda mempunyai sumber menarik untuk dijadikan rujukan, jangan lupa berkongsi bersama kami dan yang lain melalui kotak komen dibawah.


wallahu'alam.


Post a Comment