FRIDAY WRAP ( MEI 6 - MEI 11 )

0 comments
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Azam Russia membawakan sorotan beberapa berita dunia minggu ini.



TOKYO - Seorang terbunuh apabila puting beliung melanda bandar Tsukuba di timur laut Jepun semalam manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.
Sejumlah bangunan dan rumah musnah dalam kejadian itu yang berlaku 60 kilometer dari Tokyo.
Bandar Tsukuba itu merupakan sebuah pusat sains yang menempatkan beberapa institut akademik dan penyelidikan.
Bagaimanapun, puting beliung itu melanda di kawasan kediaman penduduk.
Mangsa yang terbunuh itu merupakan seorang remaja yang berusia 14 tahun.
Menurut Pusat Perubatan Tsukuba, dia mati selepas mengalami kecederaan.
Lebih 30 orang cedera dengan sepuluh daripadanya dirawat di hospital, kata beberapa pegawai bomba.
Stesen televisyen NHK menunjukkan imej sejumlah rumah tidak mempunyai bumbung.
Kira-kira 200 buah rumah dilaporkan rosak.
Kira-kira 24,000 kediaman tidak mendapat bekalan elektrik.
Kejadian puting beliung jarang berlaku di kawasan Tokyo.


INDONESIA - Pesawat buatan Russia, Sukhoi Superjet telah terhempas di Indonesia pada Rabu lepas.
Pesawat itu dikatakan melanggar tebing sebuah gunung curam yang terletak luar Jakarta.

Pada mulanya pesawat itu hilang dari skrin radar dalam satu demonstrasi penerbangan untuk menjual model pesawat itu kepada Indonesia. Dalam penerbangan itu, terdapat 48 orang kesemuanya, lapan kru dari Russia, manakala 40 lagi kebanyakannya rakyat Indonesia.

Lagi berita di sini



DAMSYIK, Syria - Seramai 55 orang terbunuh dalam dua serangan pengebom berani mati yang menggegarkan ibu kota Syria di sini semalam.
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memberitahu, cebisan badan manusia bertaburan di beberapa jalan raya manakala banyak kenderaan turut rosak.
Menurut kementerian berkenaan, serangan kali ini adalah yang terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.Kebangkitan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak 14 bulan lalu.
Letupan berkembar itu memusnahkan bahagian hadapan sebuah bangunan perisikan tentera yang menjadi sasaran serangan itu.Menurut kenyataan yang sama, lebih 370 orang cedera dalam letupan tersebut dan ia melibatkan bahan letupan seberat 1,000 kilogram.
Beberapa saksi memberitahu, letupan pertama menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat kejadian.Satu lagi letupan kuat berlaku beberapa saat kemudian.Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melancarkan serangan itu.




Di Palestin, terdapat sekurang-kurangnya 1500 orang membantah dihadapan penjara di Tebing Barat menandakan sokongan terhadap tahanan-tahanan yang mengadakan mogok lapar.
Setakat ini terdapat 10 orang telah dimasukkan ke hospital, dan dua lagi dalam keadaan kritikal selepas berpuasa selama 70 hari.
Berikut terdapat beberapa foto menunjukkan solidariti rakyat Palestin terhadap tahan-tahanan.

Untuk melihat lebih banyak foto dan mengetahui info-info lain berkenaan solidariti ini, bolehlah lawati laman web ini.

Sekian saja laporan untuk minggu ini. Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua.
Assalamualaikum.







Post a Comment