MIMC

0 comments
MIMC 2012

Buat julung-julung kalinya pihak MSA Volgograd 2011/2012 mengambil langkah untuk menganjurkan Malaysian Inter-Batch Medical Contest (MIMC) pada 7 Mei yang lalu.

Pertandingan ini yang berkonsepkan MIRC, di mana setiap batch perlu menghantar wakil untuk menyertai aktivit-aktiviti yang disediakan bagi memastikan kejuaraan batch masing-masing. Seiring dengan temanya iaitu " Medical Contest" MIMC bertujuan untuk mengasah , menambah dan menguji pengetahuan serta skills para pelajar perubatan VSMU. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan persaingan sihat serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan bangsa.

Antara aktivit-aktiviti yang dipertandingkan ialah Homosapien's planet, Slide&Stain, MediCare, General surgery, I'm a specialist, Spot Diagnosis of general medicine, MCQ , First Aid dan Physical Examination. Selain itu, terdapat juga aktiviti tambahan seperti menjawab soalan-soalan yang disediakan bagi menyumbang mata kepada batch.

Suasana ketika pertandingan berlangsung sangat meriah dengan para peserta memerah fikiran untuk menjawab serta penonton yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Juara ditentukan berdasarkan markah tertinggi yang berjaya dikumpul dan tahniah diucapkan kepada batch 6th year sebagai juara, 5th year naib juara dan 3rd year di tempat ketiga. Besar harapan dari pihak MSA Volgograd untuk menjadikan MIMC sebagai program tahunan.











Post a Comment