FRIDAY WRAP (13 OCT- 19 OCT 2012)

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt. Bertemu kita kembali dalam 'Friday Wrap'!


13 Oktober 2012,Sabtu


Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam kereta di sebuah pasar di kawasan barat laut Pakistan pada hari Sabtu, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang

Sasaran serangan tersebut yang berlaku di bandar Darra Adam Khel ialah  anggota militia pro-kerajaan yang dicipta untuk melawan militan Taliban, ulas pegawai penguatkuasa kawasan tersebut, sambil menyatakan  bahawa angka kematian sebenar mungkin meningkat kerana 25 orang cedera dan beberapa berada dalam keadaan yang kritikal.

13 Oktober 2012,Sabtu





Pasukan Pembebas  Syria(FSA) telah berjaya menawan  Pangkalan Pertahanan Udara di kawasan timur Aleppo.
Pangkalan pertahanan udara yang telah ditawan oleh FSA terletak berdekatan kampung al-Tana dan lapangan Terbang Koris milik tentera di kawasan timur dari Aleppo, lapor Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata pada hari Jumaat.

Pertempuran turut mengambil tempat berdekatan  berek tentera di Maarat al-Nuaman, sebuah bandar yang terletak tidak jauh dari lebuh raya utama menuju
barat laut bandar Aleppo, yang telah Berjaya ditawan oleh pasukan FSA  awal minggu ini, lapor Balai Cerap Syria.

Balai Cerap pro-pembangkang berkata pasukan FSA telah lakukan serangan ‘offensive’  dan mereka telah Berjaya membunuh lebih daripada 100 askar kerajaan dalam masa dua hari.



14 Oktober 2012,Ahad




Penerjun angkasa, Felix Baumgartner dari Austria telah menjadi ‘skydiver’ pertama untuk terjun  lebih laju daripada kelajuan bunyi, mencapai halaju maksimum 833.9mph (1,342 km / h).

Ketika melompat keluar dari kaki belon  yang jaraknya 128100kaki (24 kilometer; 39km) atas bumi, penerjun yang berumur 43 tahun itu juga memecahkan rekod tertinggi acara terjun bebas.



19 Oktober 2012,Friday



Sebuah kereta yang dipasang bom  meletup di tengah Beirut semasa waktu puncak, membunuh lapan orang, mencederakan kira-kira 80 yang lain dan menimbulkan kebimbangan keganasan mazhab yang hendak baru berputik dalam negara yang masih belum pulih sepenuhnya dari  perang  saudara.

Letupan tidak bertujuan  untuk mensasarkan mana-mana tokoh politik  Lubnan tetapi ia berlaku ekoran ketegangan memuncak antara puak-puak di Lubnan

Ambulans bergegas ke tempat kejadian di daerah Achrafiyeh, di kawasan kediaman penduduk Kristian,
Beberapa kereta turut terbakar ekoran letupan dan bahagian hadapan sebuah bangunan telah rosak teruk.

Penduduk sekitar berlari-lari  dalam keadaan panik mencari kenalan masing-masing manakala yang lain membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera untuk dibawa ke ambulans.

Pasukan keselamatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.




19 Oktober 2012,Friday



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK).

Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel.

"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.

"Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.






 Semoga segala yang baik itu dapat kita contohi dan memotivasikan kita untuk hidup sebagai hamba Allah di muka bumi. Allahualam.. 




Post a Comment