ORIENTASI

0 comments
ORIENTASI PELAJAR TAHUN 1

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Azam Russia kerana telah berjaya mengadakan program orientasi bagi pelajar tahun satu. 

VOLGOGRAD



Pada 21 Oktober yang lalu, sebuah majlis orientasi yang bertempat di majlis Kirovsky telah diadakan bagi meraikan ketibaan para pelajar tahun 1 di Volgograd. Majlis orientasi ini julung-julung kalinya dianjurkan sepenuhnya oleh Azam Russia. Majlis dimulai dengan bacaan doa serta ucapan aluan dan pengenalan dari presiden dan wakil kelab-kelab serta persatuan antaranya IMAM, KUV dan AZAM.

Tradisinya saban tahun pelajar-pelajar tahun 1 akan dikenalkan dengan masjid Kirovsky  yang membawa seribu satu makna kepada para pelajar Malaysia yang banyak menyumbang untuk pembinaannya bukan sahaja wang ringgit malah tenaga sejak ia mula dibina pada 2004.  Alhamdulillah kini semakin banyak pembaharuan dan kemudahan yang sudah boleh mula digunakan untuk jemaah sekeliling. Namun perjuangan Kirovski ini masih belum sepenuhnya selesai.

Majlis diserikan dengan forum yang penuh informasi bertemakan “ Putih Kuning dan Putih Telur”.Forum ini dikupas oleh 3 ahli panel ; akh Yusri, akh Atikullah dan ukhti Farahin dan juga moderator akh Azhari. Para pelajar didedahkan tentang pengertian sebenar menjadi muslim yang belajar di bumi Soviet ini. Pelbagai nasihat, motivasi, pertukaran pendapat dan ilmu yang dapat diaplikasikan sebagai batu asas bagi meneruskan kehidupan yang penuh berliku nanti. 

Majlis diakhiri dengan sedikit briefing dari akh Razi, solat zuhur dan makan tengahari yang ditaja sepenuhnya oleh KUV. Bagi akhowat program diteruskan dengan sesi LDK bertemakan hadis Ghulam.


NIZHNY NOVGORAD

Pada 3 November 2012 yang lalu, telah diadakan majlis orientasi untuk para pelajar tahun pertama Nizhniy Novgorod. Majlis ini melibatkan ahli-ahli majlis tertinggi bagi AZAM Russia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Nizhniy Chapter dan Kelab UMNO Nizhniy Novgorod (KUNIZH). Objektif majlis orientasi ini adalah untuk memperkenalkan kepada adik-adik tiga wadah utama di sini dan juga untuk merapatkan ukhuwah.

Majlis dibuka dengan bacaan Al-fatihah dan seterusnya tilawah dan tafsir oleh adik Muin dan adik Mohd. Adib Yahya. Majlis diteruskan dengan sesi berkenalan dengan setiap ahli majlis tertinggi bagi ketiga-tiga persatuan tersebut.

Seterusnya merupakan aktiviti bersama adik-adik. Semua yang terlibat telah dibahagikan mengikut kumpulan. Aktiviti pertama menghendaki semua orang untuk bercerita tentang diri mereka sendiri. Bagi setiap satu maklumat yang diberi, mereka mendapat sekeping biskut.

Bagi aktiviti kedua pula, setiap kumpulan perlu membina satu kenderaan yang boleh membawa matlamat mereka melepasi had yang ditetapkan. Mereka boleh membina apa-apa sahaja, sama ada kapal, kereta, kapal terbang, roket atau lain-lain. Ibrah bagi aktiviti ini ialah kita perlulah mempunyai matlamat dan juga kenderaan yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Akhir sekali, harap ianya masih tidak terlewat bagi kami, pihak AZAM Russia untuk mengucapkan selamat datang kepada adik-adik tahun pertama dan selamat maju jaya! Ini adalah satu permulaan bagi hidup adik-adik dan harap adik-adik bersemangat dalam mencapai cita-cita masing-masing. Jika terasa jalan ini susah dan memenatkan, moga adik-adik dapat sentiasa merasakan kehadiran Allah dalam membimbing adik-adik dan mintalah kekuatan daripadaNya, insyaAllah.











Post a Comment