Carrot Cake With Cream Cheese Topping

0 comments

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillah.

InsyaAllah team kulinari Azam Rusia kali ini akan membawakan resipi kek lobak merak yang amat sedap untuk dinikmati sewaktu minum petang, makan bersama rakan-rakan di dalam usrah, dan tidak lupa juga untuk majlis hari jadi. 

Jadi, untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kek lobak merah...
Carrot cake is a cake which contains carrots. It is mixed with batter. The carrot softens in the cooking process, and the cake usually has a soft, dense texture. The carrots themselves enhance the flavor, texture, and appearance of the cake. (Wikipedia)


Bahan-Bahan  (Satu loyang kek yang berbentuk bulat)

Cake
- 1 1/4 cawan Minyak jagung atau minyak masak
- 4 Biji telur gred B
- 120 gm Gula castor
- 120 gm Gula perang
- 100 gm Walnut cincang (Atau sebanyak yang dirasakan cukup untuk sebuah kek. Perlu dipanggang sebentar)
- 250 gm Tepung gandum
- 1 tsp Baking soda
- 1/4 tsp Garam
- 1/4 tsp Serbuk kulit kayu manis (Boleh lebihkan kalau suka)
- 1 1/2 cawan Carrot yang telah disagat
- 1 cawan Raisin (Mengikut kesesuaian)
- 1 tbs Susu pekat

Cream cheese frosting
- 120 gm gula icing
- 250 gm cream cheese
- 120 gm butter (bukan margerin biasa)

[Kredit]

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan minyak dan sebatikan.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam).

3. Akhir sekali, masukkan carrot, raisins. Gaul sebati.

4. Masukkan dalam loyang yang telah di griskan atau dialas dengan kertas minyak. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam pada suhu 180 darjah celcius. Gunakan lidi untuk pastikan kek telah masak.

5. Untuk Cream cheese frosting. Campurkan semua bahan-bahan yang perlu digunakan. Kacau menggunakan pemukul telur. Sekiranya ingin menggunakan mixer, gunakan dalam waktu yang singkat. Kerana sekiranya terlebih kacau/gaul, akan menyebabkan frosting terlampau cair. Sejukkan frosting dalam peti sejuk sebelum disapu di atas kek yang telah sejuk. 

*Sekiranya ingin dijadikan cupcakes, muatkan dalam cawan cupcakes dan bakar dengan suhu yang sama pada masa 20 minit. 

*Boleh juga meletakkan warna yang berbeza pada frosting tersebut. 

Selamat mencuba!


Post a Comment