Tahun Baru 2013 di Saint Petersburg

0 comments

Saint Petersburg,1 Januari 2013 - Persatuan pelajar-pelajar Saint petersburg (MESSP) telah mengadakan Sambutan Tahun Baru 2013 di Hostel Stachek 111/1 . Sambutan ini dimulakan dengan sedikit hidangan jamuan selera yang disediakan oleh setiap batch masing-masing bermenukan Syawerma Lina dan Pizza mozarela homemade. Di samping itu, majlis dimeriahkan lagi dengan sambutan hari lahir Nasir Helmi yang ke-24  dengan jamuan kek pelbagai perisa.

Majlis diteruskan dengan acara membakar mercun bunga api di perkarangan asrama universiti sambil mengambil gambar tahun baru  masing-masing.Terima kasih kepada Presiden Messp Tuan Muhd al Wafi kerana menganjurkan majlis yang serba serdehana tetapi begitu bermakna.


Mudah-mudahan majlis yang ringkas ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama para pelajar di Saint Petersburg. Akhir kata , semoga tahun 2013 menyaksikan kita lebih bersungguh-sungguh belajar , makin meningkat kematangan serta  beroleh lebih banyak kejayaan. Marilah kita bertekad dan berazam ke arah perubahan yang positif bukan sahaja di masa akan datang bahkan sampai bila-bila untuk menjadi insan yang terbaik dan berkualiti.


Selamat Tahun Baru. Happy New Year .  С Новым Годом .

















Post a Comment