Bernafas Dalam Jiwa Hamba

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Sejauh mana penerimaan kita bahawa Allah adalah Tuhan kita dan kita adalah hambaNya? Ramai di antara kita yang menerima bahawa Allah adalah Tuhan tetapi adakah kita menerima bahawa kita adalah hambaNya? Terdapat perbezaan di antara seorang yang bebas dengan seorang hamba.

Seorang hamba mesti melakukan apa yang diperintahkan oleh Tuhannya. Dia tidak boleh melakukan sesuka hatinya, menurut keinginannya. Sekiranya dia boleh melakukan sesuka hatinya, maka dia bukan lagi dianggap sebagai seorang hamba, tetapi seorang yang bebas. Namun awas! Seseorang itu mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Sanggupkah kita hidup sebagai seorang yang bebas sedangkan azab Allah itu amatlah pedih, tidak dapat kita bayangkan. Kelak kita akan mengetahui akibatnya.

Walau sebanyak manapun nikmat yang Allah berikan (pinjamkan) kepada hambaNya, seseorang hamba itu masih lagi faqir (memerlukan), yakni faqir ilallah (memerlukan kepada Allah). Seharusnya kita malu untuk menjalani kehidupan sebagai seorang yang bebas kerana Allah pencipta kita dan hakikatnya semuanya adalah milik Allah SWT. Tidaklah layak untuk kita berbuat sesuka hati di muka bumi ini.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus." (Surah Al-fatihah, 1:5-6)

(Kredit)
Hidayah ini hanya berguna buat mereka yang menerima dirinya sebagai hamba. Allah Maha Esa, maka apa kaitanNya dengan kita? Tidaklah hati kita tergerak sehingga kita menerima bahawa kita adalah hamba-hamba Allah yang Maha Esa. Dan ketahuilah bahawa kehebatan seorang hamba itu di sisi Tuhannya adalah dinilai pada ketaqwaannya kepada Allah.

Mudah buat kita untuk berkata-kata. Namun, untuk menghayatinya, kita memerlukan mujahadah yang lama. Tiada jalan pintas untuk menghayati hakikat ini. Maka pasakkanlah azam setinggi gunung dan kumpulkan semangat sekuat badai. Ayuh kita berusaha untuk bernafas dalam jiwa hamba! Semoga apa yang Allah perintahkan menjadi apa yang kita inginkan jua, kerana Allah adalah Tuhan kita dan kita adalah hamba-hambaNya. Pastinya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. WAllahua'lam.

(Kredit)




مَ نَبِيًّا وَرَسُولاًلَّرَضِيْتُ بِاللهِ رَبـًّا، وَ بِالإِسْلاَمِ دِيْنـًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَ


Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan rasul.


Post a Comment