KULIAH ONLINE BAITUL MUSLIM BERSAMA UMMU ATIFAH

0 comments
Assalamualaikum wrt..InsyaAllah, jadual kuliah online bersama UmmuAtifah bagi minggu ini. Jom sama-sama kita berada dalam taman syurga di dunia ^_^

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 23 April 2013 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"/ Model Ketaqwaan Jundiy
Tarikh : 25 April 2013 (Khamis)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah



terlepas edisi taman syurga minggu lepas?tidak mengapa,kami sediakan sedutan daripada nota kuliah minggu tersebut insyAllah :)

Rezeki Dan Pencarian Syurga


surah al-Baqarah (2:25) 

Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga mereka berkata, ‘Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka telah diberikan buah-buahan yang serupa. Dan disana mereka memperoleh pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya.

Allah memberikan gambaran syurga yang dapat dinikmati oleh orang-orang beriman untuk memotivasikan kita. Allah tarik hati dengan khabar gembira : gambaran kenikmatan syurga sekiranya kita taat kepada Allah, cinta dan ikhlas kepada Allah. Melakukan amal tanpa pernah kenal jemu dan penat lelah. Melalui ayat ini, Allah panggil dengan begitu lembut , memberi khabar gembira dan janji yang benar -  kenikmatan syurgawi yang tiada bandingan di dunia.  Maka, hati orang-orang yang beriman akan rasa  terpanggil untuk mengampai syurga.  




seronok bukan gambaran syurga itu? :)
hati terpanggil-panggil untuk membaca lebih lanjut? boleh, tiada masalah, sila jangan segan mahupun silu untuk tekan pautan di bawah yang bakal membawa anda kepada keseronokan taman syurga insyaAllah. v(n_n)v

http://kuliahbm.blogspot.ru/2013/04/rezeki-dan-pencarian-syurga.html


moga ilmu yang diperoleh bermanfaat dan selamat beramal! salam wrt :)


Post a Comment