Resipi: Butter Prawn

1 comments

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Sedar tidak sedar, tinggal dua bulan sebelum pulang ke rumah. Apabila pulang ke Malaysia, banyak makanan tempatan yang dapat dimakan dengan enak seperti makanan laut, antaranya Udang! Udang sedap dimasak sambal, diletak dalam sayuran atau goreng tempura. 

Kali ini, team kulinari Azam akan membawakan resipi udang yang lain dari lain, tetapi mudah. Jangan risau jika anda tidak pernah mencuba, kerana dengan mencuba, kita akan dapat membuat sesuatu yang baru. 


Bahan-bahan

- Udang
- Bawang besar
- Bawang kecil
- Cili padi
- Butter
- Telur 2-3 biji
- Kunyit
- Garam

Cara-cara

1. Gaulkan udang dengan kunyit dan garam.


2. Goreng udang dengan butter, kemudian keluarkan dari periuk. 

3. Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili padi dengan butter. Jika tidak mencukupi, boleh tambah butter. 

4. Apabila sudah kelihatan layu dan baunya sedap, kemudian letakkan udang yang telah digoreng. 

5. Masukkan telur yang telah dikacau dan gaul rata di dalam periuk. Letakkan garam secukup rasa. Siap!

Selamat mencuba!


1 comment: