F.O.I “Fortnight of IMAM”

0 comments

Bismillahhirahmanirrahim

Bermula dari 22 April  hingga 5 Mei 2013 yang lalu, Persatuan Perubatan Islam Malaysia- Volgograd Student Chapter (IMAM-VSC) telah menganjurkan “Fortnight of IMAM”. Selama 2 minggu berlangsungnya FOI ini, pelbagai pertandingan telah diadakan secara online melalui medium Facebook.

Biro Media telah menganjurkan 4 aktiviti iaitu pertandingan mencipta poster, pertandingan menulis cerpen, pertandingan melengkapkan jigsaw puzzle dan photo contest. Kesemua aktiviti tersebut bertemakan dunia perubatan. Aktiviti-aktiviti di bawah biro ini bermula pada 21 April.

Sementara itu, Biro Ekonomi juga turut mengadakan pertandingan yang tidak kurang menariknya seperti kuiz teka pendapatan negara, kuiz teka harga. Bersesuaian dengan fungsi biro, pihak biro ekonomi telah menyelitkan tips-tips hemat berbelanja ketika berlangsungnya kuiz-kuiz tersebut. Biro Ekonomi mula mengadakan kuiz-kuiz tersebut pada 23 April 2013. Sebanyak 3 soalan disediakan bagi setiap kuiz. Pusingan akhir bagi setiap kuiz telah diadakan pada Majlis Penutup FOI 2013.

Biro Akademik juga telah mengadakan kuiz-kuiz yang menguji pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar perubatan di sini. Antara kuiz yang telah dianjurkan ialah King of Diagnosis, Physical Examination, Kuiz Kenali Tokoh, dan Kuiz Teka Silangkata.Pertandingan King of Diagnosis dan Physical Examination telah diadakan ketika Majlis Penutup FOI 2013 yang berlangsung pada 4 Mei 2013.

Majlis tersebut telah diadakan di Hostel Hiroshima seawal jam 930 pagi . Bagi memeriahkan majlis penutup tersebut, pusingan akhir kuiz teka harga dan kuiz teka punca pendapatan negara telah diadakan. Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah untuk aktiviti yang telah dijalankan. Para pemenang memperoleh pelbagai habuan hadiah berupa hamper dan juga wang tunai yang hampir bernilai 21000 rubles.

Dengan berlangsungnya F.O.I ini pelbagai hadaf telah tercapai dalam menghasilkan doktor muslim yang bukan sahaja perlu menguasai dengan baik ilmu perubatan malah cakna dengan pelbagai isu semasa yang lain. Marilah sama-sama menambahkan tsaqafah dalam semua aspek dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya.





"Apabila kamu tidak tahan LELAHnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya keBODOHan" -Imam As-Syafie.

wallahu'alam..


Post a Comment