Examination

0 comments
Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Banyaknya kena baca. Arghhh! [Kredit]
Buku-buku,nota-nota dah bertimbun di atas meja,musim peperiksaan dah datang!
Apabila di musim peperiksaan ini,masing-masing tumpukan perhatian untuk mengulangkaji pelajaran(exercise) bagi menjawab peperiksaan dengan jayanya dan untuk meng'upgrade'kan diri kepada tahap yang seterusnya.Mari kita ucapkan tahniah kepada diri masing-masing kerana mempunyai semangat untuk berdaya usaha demi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan dan untuk menjamin masa depan yang cerah.

Kadang-kadang,kita tidak perasan, apabila tiba sahaja musim "exam", sedikit sebanyak,ibadah kita kepada Allah terjejas.Jom 'check'semula dan banyakkan membaharui atau mentajdid niat kita.Hubungan dengan Maha Pencipta haruslah kita jaga.Ibadah wajib perlulah dijaga dan tidak sengaja dilewat-lewatkan.

Amalan membaca al-Quran, berzikir, berdoa, solat-solat sunat bukanlah untuk kita kurangkan di musim peperiksaan sebagai alasan tidak mempunyai masa.Padahal,segala ilmu yang kita cari ini, hanyalah milik Allah.Kepada siapa lagi kita meminta ilmu ini jika bukan kepada Allah?

Di musim peperiksaan inilah hati dan jiwa menjadi "nervous", tidak tenang, dan resah.Kepada siapa lagi kita memohon ketenangan hati jika bukan kepada Allah? Di musim peperiksaan inilah jua kita mengharapkan untuk menghafal segala info dengan senang dan cepat.Kepada siapa lagi kita minta untuk menerangkan hati dan akal jika bukan pada Allah? Apabila terlalu fokus terhadap peperiksaan, kita terlupa tanggungjawab kita dengan orang-orang di sekeliling kerana terlalu asyik dengan persediaan untuk menghadapinya.Kita terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang saudara muslim kepada saudara muslim yang lain.Sebagai contoh,masing-masing sibuk melakukan kerja sendiri tanpa bertegur siapa,mahupun senyum.

Kita haruslah mencari keberkatan Allah itu sendiri dengan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia kerana keberkatan Allah itulah yang menjamin kehidupan kita kelak.Segala amalan kita sekarang yang menentukan keberkatan yang akan kita dapat.Jika kita mencari dunia itu sendiri,maka kita akan dapat dunia.Tetapi kalau kita mencari akhirat itu sendiri,maka kita akan dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

Jom kita tengok firman Allah SWT :

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia... (QS Ali Imran [3]:112)

Memang agak sukar, tetapi apabila kita memulakan selangkah ke hadapan, insyaAllah Allah akan bersama-sama kita jika niat kita ikhlas keranaNya.Semoga usaha yang kita curahkan untuk menggapai ilmu bagi menjawab peperiksaan bukanlah hanya setakat untuk menjawab peperiksaan sahaja,tetapi ilmu yang kita sudah perolehi itu dapat kita manfaatkan kepada orang lain dan mendapat keberkatan Allah sepanjang hayat kita.

Apabila teringat "EXAM", mari kita ingat semula formula yang kita boleh ambil dari perkataan EXAM ini sendiri supaya kita lagi "alert".

EXAM [Kredit]
'EX' untuk exercises, mari kita banyakkan latihan dan ulangkaji.

'A' untuk Allah,jangan pernah kurangkan ibadah anda akan tetapi ayuh kita tingkatkan amal ibadah kita.

'M' untuk manusia,mari kita menjadi saudara muslim yang mengambil berat akan saudaranya yang lain tidak kira di masa sibuk ataupun lapang.

All the best for exam!! Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal pada Allah yang Maha Memelihara (Ya Muhaimin). :)

Wallahu'alam.


Post a Comment