Friday Wrap ( 5-10 Oktober 2013 )

0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday Wrap membawakan kepada anda isu-isu semasa dunia pada minggu ini.

Imam Masjid Kenya Ditembak Mati Sebaik Pulang Khutbah Jumaat
05 Oktober 2013

Jumaat, 4/10/2013 : Polis Kenya menembak gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di Mombasa berikutan pembunuhan Sheikh Ibrahim Ismael ( Imam Muslim terkenal di Kenya) dan 3 orang rakannya sejurus pulang dari khutbah Jumaat di Masjid Musa, Mombasa. Pembunuhan tersebut berlaku ekoran peristiwa serangan bulan lalu di pusat beli belah mal Nairobi yang diketuai oleh militan Somalia kumpulan Shaabab. Berikutan pembunuhan tersebut, tunjuk perasan keras yang membawa kepada kematian berlaku bagi menunjukkan protes terhadap tragedi tersebut.

78 Maut, 166 Cedera dalam Serangan Terbaru di Iraq
07 Oktober 2013

Seramai 51 orang terbunuh dan 107 orang lagi cedera dalam letupan berani mati di Adhamiya di Baghdad Utara. Turut pada minggu tersebut, 11 orang terbunuh manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bom mobil meletup di sebuah kafeteria terkenal di pusat Kota Baghdad, Balad. Di Bandar Mosul, Iraq Utara, beberapa lelaki tidak dikenali yang bersenjata menembak mati Mohammed Karim Al - Badrani, Koresponden stesen TV satelit Ash- Sharqiyah dan rakannya Mohammed Ghanim. Keduanya pada ketika itu sedang menemubual warga tempatan di Kabupaten Sarj - Khana di Mosul Tengah, kira-kira 400 kilometer di sebelah utara Baghdad.

Penyokong Mursi Kembali Jadi Korban Tentera
07 Oktober 2013

Puluhan warga Mesir maut dan puluhan lagi mengalami luka-luka ketika pertembungan antara penyokong Presiden Mohamed Mursi dan tentera As-Sisi yang melarang mereka memasuki Padang Tahrir berlaku di Kaherah. Ibu kepada salah seorang mangsa yang terkorban, Rami Imam, 29 tahun mendakwa bahawa pihak tentera telah membunuh anaknya. Menurut bapa kepada mangsa pula, anaknya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah sewaktu terserempak dengan pertembungan tersebut.

Jenazah Iman tebaring di antara lapan mayat yang lain diselimuti kain biru dan putih dilumuri darah di rumah sakit Ibnu Sina di daerah Mohandissen, Kaherah. Abdelrahman al -Tantawi , pegawai perubatan yang membawa Imam ke rumah sakit memberitahu bahawa peluru menembusi lehernya, dia mendakwa melihat polis dan pihak tentera menembak dari sebuah jambatan ke arah penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya 38 orang Mesir dilaporkan meninggal pada hari dalam pertembungan antara pihak tentera dan penyokong Mohammad Mursi. Para penunjuk perasaan melaungkan " rampasan kuasa adalah keganasan " dan " Sisi adalah pembunuh " , merujuk pada pemimpin tentera Jeneral Abdel Fattah al- Sisi.

Serangan di Mesir, 8 Maut
08 Oktober 2013


Aksi tembak menembak menyebabkan kematian enam tentera Mesir di timur Kaherah pada hari Isnin (7 /10 ) dikatakan berikutan sebuah letupan yang berkemungkinan berasal dari bom kereta yang menghentam markas besar keselamatan di sebuah bandar berhampiran resort pelancongan daerah itu di Sinai selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan melukai puluhan lagi. Turut pada hari Isnin tersebut, sekurang-kurangnya dua bom tangan menghentam kompleks yang dijadikan stesen satelit bumi terbesar di negara itu. Serangan- serangan itu berlaku sehari selepas puluhan orang maut ketika perayaan memperingati awal perang Timur Tengah 1973, berubah menjadi pertembungan maut di seluruh Mesir walaupun tidak jelas diketahui apakah punca kekerasan tersebut.

Dilaporkan juga, angka korban jiwa akibat pertembungan di Mesir meningkat menjadi 53 orang pada hari Isnin. Pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata bagi membubarkan penyokong Ikhwanul Muslimin yang berusaha menyerbu medan At -Tahrir dalam usaha menentang ribuan orang pro - tentera yang berkumpul di sana bagi merayakan peristiwa tersebut. Medan At -Tahrir , pusat rusuhan bersejarah 2011 - yang menggulingkan presiden Hosni Mubarak, ditutup dengan kereta kebal dan kawat berduri bagi menghalang penyokong bekas presiden Mohamed Mursi memasukinya.

AS: Berkaitan Pemusnahan Senjata Kimia, Assad Dapat Dipercayai
08 Oktober 2013

Presiden Syria Bashar al Assad boleh dipercayai atas tindakannya memusnahkan senjata kimia , demikian dikatakan oleh Menteri Luar Negeri AS John Kerry, Isnin (7 /10). " Prosesnya telah bermula dan kami menyambut kerjasama Rusia dengan kerelaan Syria ," kata Kerry kepada para wartawan bersama dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov di Nusa Dua, Bali, setelah dua kali pembicaraan.

Syria bersetuju untuk menyerahkan senjata kimianya di bawah resolusi PBB bulan lalu yang menetapkan satu perjanjian antara Washington dan Moscow yang bertujuan untuk mencegah tindakan tentera AS. Berdasarkan rencana tersebut, kemudahan pencampuran dan pengeluaran senjata kimia Syria harus dimusnahkan pada 1 November.

Senjata kimia Syria, dipercayai termasuk 1,000 tan zat saraf Sarin, gas mustard dan senjata-senjata lain yang dilarang berada dipuluhan lokasi perlu dimusnahkan hingga pertengahan 2014.
Persidangan Perdamaian Geneva -2, bertujuan menyatukan dua pihak yang berperang di Syria, dimana lebih 115 ribu orang telah terbunuh sejak bermulanya pemberontakan terhadap rejim Presiden Bashar al Assad pada Mac 2011.

Berita Rowan Atkinson 'Mr Bean' Memeluk Islam Ternyata Palsu
08 Oktober 2013


Berita tentang masuknya Islam salah seorang pelawak antarabangsa warga Inggeris, Rowan Atkinson yang menghiasi dunia maya ternyata tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai. Laman pertama yang menerbitkan bahawa Rowan Atkinson telah memeluk Islam adalah israellycool.com. Berikutan itu, laporan mengesahkan pada tanggal Rabu (2 /10 ), bahwa berita masuknya Islam 'Mr. Bean ' adalah tidak berasas.

Dalam sebuah surat elektronik yang dihantar agen Rowan Atkinson menerangkan bahawa Rowan Atkinson tidak pernah menyatakan memeluk Islam atau menjadi muallaf.

Berikut salinan emailnya :

From: Lucy xxxxxxx Date: 2 באוקטובר 2013 13:32:37 GMT +3

To: Brian of London

Subject: RE: Would appreciate a statement from Rowan Atkinson about CRAZY claims that are sweeping the Arabic world

Hi Brian ,

Thanks for your e-mail . Ï'm afraid that, as far as ï'm aware, Rowan has not converted to Islam.

All the best.

lucy


Sebelumnya seperti dinyatakan israellycool dan sadabladi.com, Mr Bean dilaporkan menjadi muallaf setelah ' menonton ' filem fitnah tentang nabi Muhammad SAW " Innocent of Muslim". Spekulasi juga muncul kerana tanda satu jari telunjuk yang ditunjukkan 'Mr Bean ' dalam sebuah foto . Foto itu kemudian didakwa sebagai isyarat dia bersyahadat. Beredar juga berita tanpa sumber , masuk Islamnya Rowan Atkinson melalui Sheikh Rashid Ghannousyi. Namun setelah beberapa hari isu keislaman Rowan Atkinson meluas di internet , salah seorang agennya menafikan dakwaan tersebut.

Banjir di Kemboja, 104 Orang Maut
10 Oktober 2013

Banjir berpunca dari limpahan air Sungai Mekong dan hujan lebat menyebabkan 104 orang maut. Banjir turut mempengaruhi 1.5 juta orang lagi di Kemboja dalam tempoh tiga minggu terakhir. Selain itu, sebanyak 250,000 hektar sawah ditenggelami air. Menurut NCDM, banjir 2011 menyebabkan kematian 250 orang dan menjadikan negeri itu mengalami kerugian sebanyak 521 juta dolar AS.

Mesir Sedia Segera Adili Presiden Morsi
10 Oktober 2013

Kaherah. Mahkamah Mesir pada rabu ( 9/10) menetapkan 4 November sebagai tarikh perbicaraan atas presiden Mohamed Mursi dan tokoh -tokoh senior lain di bawah pertubuhan Ikhawanul Muslimin atas tuduhan melakukan kekerasan. Mursi telah ditahan di lokasi rahsia sejak penggulingannya awal Julai. Hakim Nabil Saleeb mengatakan, Mursi dan para anggota Ikhwanul Muslimin telah dituduh melakukan pembunuhan dan siksaan terhadap para demonstrasi di depan istana presiden.

Tuduhan-tuduhan tersebut berkaitan kematian 12 orang dalam pertembungan di luar istana presiden pada Disember lalu setelah Mursi dikatakan telah menaikkan rasa marah penunjuk perasaan dengan memperluaskan kekuasaannya. Mesir telah dilanda kekacauan sejak tentera merampas kuasa dari Presiden Mursi selepas aksi tunjuk perasaan terhadap pemerintahannya dan kemudian melancarkan pembunuhan kejam terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin, membunuh beratus-ratus orang di kem-kem tunjuk perasaan dan menangkap kira-kira 2,000 orang.

Arafah Dilanda Banjir, Jemaah Haji Dilaporkan Selamat
10 Oktober 2013




Arafah dilaporkan dilanda banjir berpunca dari hujan lebat. Namun, fenomena tersebut tidak menjadi tanda tanya banyak pihak kerana menurut kebiasaan warga setempat Mekah dan Madinah, mereka mengadakan solat hajat bagi meminta turunnya hujan. Faktor setempat yang kering dan faktor cuaca yang panas terik menjadi salah satu sebab warga tempatan melakukan solat hajat bagi meminta turunnya rahmat Allah iaitu hujan. Jemaah Haji Malaysia juga dilaporkan selamat dan khabar angin bahawa jemaah haji Malaysia terkandas di Arafah adalah tidak benar sama sekali kerana waktu para jemaah bergerak ke Arafah adalah pada tanggal 13/10/2013.

Berpegang teguhlah kamu sekalian pada agama Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatilah karunia Allah kepadamu, ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu dengan karunia Allah itu menjadi bersaudara. Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka, lalu Allah melepaskanmu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepadamu supaya kamu mendapat petunjuk. Al-Imran: 103
Sekian sahaja lintasan pada minggu ini. Semoga bermanfaat.

Sumber : Muslim.net, Harian Analisa, Berita Islami


Post a Comment