DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt..

Sukar untuk mengungkapkan perasaan penulis saat membaca buku hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abd Jamil ini. Gembira, sedih, sebak, terharu, lucu, semuanya bersatu dalam buku ini. Gaya penulisan Ustaz Hasrizal juga santai, mudah diterima tetapi dinukilkan dengan penuh kejujuran. Setiap baris-baris perkataan dalam buku ini terdapat sesuatu yang menarik untuk direnungkan.

Buku ini berkisar tentang pengalaman Ustaz Hasrizal sepanjang menetap di bumi Eropah. Perkongsian yang penulis rasakan cukup berharga. Sebagai seorang Muslim, buku ini memberi penulis inspirasi, semangat, nasihat dan teguran kepada penulis dalam mendepani ujian, berjihad dan berjuang dalam hidup. Kisah Islam dan Muslim yang berlaku di Eropah membuat penulis terasa lebih dekat dengan pelbagai persoalan ummah.

Penulis percaya, sesungguhnya buku ini adalah cetusan bernas yang perlu dibaca setiap Muslim terutamanya para pelajar. Kutiplah kalam mutiara yang ada di dalamnya, sambutlah bingkisan sentuhan iman yang terkandung di dalamnya. Penulis percaya, setelah membaca buku ini anda akan menyedari bahawa kita sebagai umat Islam, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU

Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil

Publisher : Galeri Ilmu

Tarikh keluaran : 2 April 2012

Kategori : Motivasi, Islamik

Harga : RM 30.00


Post a Comment