NIZHNY EVENT | MALAYSIAN BAZAAR

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt.

Pada hari Sabtu (23/11/2013,) telah berlangsungnya Malaysian Bazaar 1.0 anjuran AZAM Russia lokaliti Nizhny Novgorod. Projek bazar ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Faaez Hamid dan dibantu oleh saudari Noor Fakhirah binti Mohd Lazim. Bazar telah bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sekitar jam 4.30 petang di sepanjang koridor tingkat 3, Hostel 3.

Malaysian Bazaar atau lebih sinonim dengan nama pasar malam telah membawa para pelajar mengimbau suasana pasar malam di Malaysia selain melepaskan rindu kepada juadah Malaysia. Sebanyak 9 gerai telah dibuka dan 5 gerai daripadanya telah dikendalikan oleh kumpulan-kumpulan usrah dan 4 gerai lagi oleh pelajar-pelajar lain.

Antara juadah yang telah dijual adalah nasi campur, nasi minyak, bubur nasi dan sup ayam, pulut mangga, pasembor, Pan Mee Sup Ayam, roti pita, karipap, lepat pisang, kek batik, pai epal, cupcakes, air soya, milkshake dan lain-lain.  
Hadaf Malaysian Bazaar 1.0 ini adalah :

1) sebagai medan atau platform untuk memperkenalkan Islam kepada komuniti di Nizhny Novgorod
2) memberi peluang kepada ahli-ahli Azam Russia lokaliti Nizhny Novgorod untuk menjalankan aktiviti
3) sebagai salah satu medium bagi Azam Russia lokaliti Nizhny Novgorod untuk menjana pendapatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
Tidak cukup dengan gerai makanan, bazar ini juga dilengkapi dengan dua booth pameran yang memperkenalkan Islam serta isu-isu kemanusiaan. Booth pertama lebih menjurus kepada pengenalan terhadap Islam dan pembentukan individu muslim manakala booth kedua lebih tertumpu kepada isu-isu kemanusiaan seperti Palestin, Rohingya, Syria, Mesir dan yang terbaru, Filipina. Setiap pengunjung akan diberikan “door gift” yang berbentuk kad beserta kata-kata motivasi. Ini bertujuan untuk menyuntik satu perasaan positif dalam diri setiap pengunjung bazar.
Firman Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 7 :

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu”





Wallahu'alam.



Post a Comment