MOSCOW UPDATE | PiDZA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t 

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Kelab Umno Moscow (Kumosc) dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia dan Badan Perhubungan Negara Russia kerana telah berjaya menganjurkan satu Pertandingan Debat Piala Dato Zainol Abidin (PiDZA) pada 17 November 2013 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia.Alhamdulilah pertandingan yang dianjurkan telah berlangsung dengan begitu lancar. 

Pertandingan ini melibatkan 6 pasukan daripada 3 buah universiti iaitu I.M sechenov First Moscow State Medical University ( MSMU ), Russian National Research Medical University ( RNRMU ) dan Moscow Aviation Institute ( MAI ). Namun hanya 4 pasukan yang layak mara ke peringkat separuh akhir seterusnya ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara PiDZA 2013. Pendebatan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia dan setiap pusingan debat terdiri daripada pasukan kerajaan (pencadang) dan pihak pembangkang. 

Antara usul yang diperdebatkan ialah Mahasiswa di Malaysia : Jaguh Kampung Semata-mata, Pekerja Asing : Untung Negara Tetapi Menggugat Keamanan Kita dan juga Penghantaran pelajar ke Luar Negara Harus dimansuhkan. Pertandingan yang bermula seawal 9 pagi ini menyaksikan pendebatan hebat dari setiap pasukan yang bertungkus-lumus memperjuangkan hujah-hujah mereka. Juara Debat ini telah dimenangi oleh pasukan dari I.M Sechenov First Moscow State Medical University (MSMU) dengan membawa pulang piala pusingan buat julung kalinya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Melalui program ini, bakat- bakat para pelajar perubatan dan pelajar kejuruteraan dapat dicungkilkan.Moga Kumosc terus maju jaya.Wallhu'alam.






Gambar credit to Nor Faisol Hilman




Post a Comment