LEMAK DALAM MUG

1 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,

Tinggi lagi sayang sama Allah,

Musim luruh sudah berlalu,

Hati dan iman janganlah goyah.

Apa khabar sama iman kamu semua? Harap semua sentiasa berlumba-lumba untuk meningkatkan iman masing-masing.

Musim sejuk yang menjelang tiba di Bumi Soviet ini sudah tentu membuatkan perut cepat merasa lapar. Kenapa hal ini berlaku? Kerana badan memerlukan makanan untuk menghasilkan lebih haba agar badan sentiasa hangat untuk berperang melawan kesejukan.

Jadi kepada kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik, janganlah risau akan berat badan yang naik mendadak pada waktu musim sejuk ini. Nanti kita tebus semua pada waktu musim bunga nanti.

Sambil kita menghangatkan badan, marilah kita memantapkan lagi kemahiran memasak dengan resepi yang manis, ringkas dan unik ini.

BROWNIE DALAM MUG

Bahan-bahan:-

* ¼ cawan tepung serbaguna (30g)

* ¼ cawan gula perang (50g) *kalau tiada, boleh guna gula biasa

* 2 sudu teh serbuk koko

* 2 sudu teh mentega, dicairkan

* ¼ cawan susu (60ml)

Mug yang boleh tahan dengan suhu microwave anda adalah alatan yang terpenting untuk merealisasikan resepi ini.

Bahan untuk hiasan: cip coklat, mentega kacang dan Nutella.

Cara membuat:

1. Masukkan tepung, gula perang dan serbuk koko di dalam mug anda yang comel itu. Kacau sampai sebati sehingga tiada ketulan-ketulan serbuk koko tersebut.


2. Kemudian, tambah mentega yang telah dicairkan dan susu ke dalam mug tersebut. Dan kacau lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.


3. Panaskan microwave anda selama 1 minit dengan suhu 250˚C. Kemudian bakar brownie anda selama 3 minit. Untuk mengetahui sama ada brownie ada sudah masak atau belum, cucuk ke dalam brownie dengan menggunakan garfu atau lidi. Jika garfu keluar dengan bersih, ia menandakan brownie telah masak.


4. Untuk hiasan, selepas brownie dikeluarkan bolehlah sapu mentega kacang atau Nutella di atas permukaan brownie dan taburkan cip coklat.

Voila!!! Coklat brownie dalam mug. Selamat mencuba !!!

Kredit: Eugene Kitchen


Wallahua'lam


1 comment: