MOSCOW UPDATE | THE TRUTH BEHIND THE LIES

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Moscow, 1 Januari 2014 - Tahun baru bagi para pelajar di Moscow dimeriahkan dengan sebuah program yang bertajuk “THE TRUTH BEHIND THE LIES” secara eksklusifnya dianjurkan oleh AZAM Russia telah diadakan di Hotel Universitiet yang dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar.

.
Program yang bermula pada 10 pagi dimulakan dengan bacaan doa dan telah disampaikan oleh Tuan Haji Hasanuddin Yunus yang diterbangkan khas dari Malaysia bersama zaujahnya, Sharifah Mahizah.Pelbagai perkongsian mengenai penciptaan manusia,sejarah Palestin, pengalaman semasa menganggotai misi kemanusiaan Mavi Marmara dan banyak lagi dikongsikan oleh beliau dalam program ini

Program berakhir dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Menjadi kenangan manis apabila Ustaz Hasanuddin dengan murah hatinya telah menaja untuk makan bersama 5 orang Non Muslim yang turut menghadirkan diri dalam program ini dan 2 orang peserta yang berjaya menjawab soalan.

Pada akhir penyampaian, ustaz meninggalkan kami dengan kata-kata “kebenaran sentiasa ada di sisi kita tetapi ia sudah dicemarkan dan dicemari” .Ayuh, kita mencari kebenaran benar.Semoga kita tak tertipu dengan penipuan Yahudi.

Wallahu'alam.

Bahwa Rasulullah SAW bersabda “wahai sekalian manusia sesungguhnya Aku telah meninggalkan pada kamu apa yang jika kamu pegang teguh pasti kamu sekalian tidak akan sesat selamanya yaitu Kitabullah dan Sunah Rasul-Nya”(Hadis riwayat Malik dalam Al Muwatta dan Al Hakim dalam Al Mustadrak As Shahihain)












Post a Comment