SAINT PETERSBURG | MAJLIS TAHLIL DAN RAMAH MESRA BERSAMA PROF. SALIM

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Pada 9 Mac 2014 yang lalu, Kelab UMNO Saint Petersburg telah menganjurkan bacaan tahlil dan yassin serta Majlis Ramah Mesra Bersama Professor Salim. Majlis ini telah diadakan di rumah Professor Salim, Avtovo pada pukul 3 petang. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institure of Marine Technology (UniKL MIMET) yang sedang menyambung pelajaran peringkat PhD di St Petersburg. Majlis ini telah melibatkan semua pelajar di sini.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan majlis dan diteruskan dengan bacaan yassin dan tahlil yang dipimpin oleh salah seorang pelajar di sini. Setelah selesai bacaan yassin, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi UMNO. 




Kemudian, majlis disempurnakan lagi dengan ucapan Professor Salim. Beliau memperkenalkan diri dan latar belakang secara terperinci. Beliau juga berkongsi pengalaman kerjaya sepanjang kehidupannya terutama dalam bidang perkapalan. 
Setelah itu, semua pelajar dijemput menjamu selera hidangan yang telah disediakan iaitu nasi putih, ayam masak merah, salad, timun, jus buah dan sedikit pencuci mulut kek pisang. 


Aktiviti ini berjaya mencapai objektif apabila semua pelajar dapat mengenali Professor Salim dengan lebih rapat dan mengetahui serba sedikit tentang kerjaya perkapalan yang telah diterangkan oleh beliau. Majlis diakhiri dengan solat asar berjemaah dan para pelajar bersurai.

Wallahua'lam.


Post a Comment