Bijak mengurus wang

0 comments

Bijak mengurus wang oleh Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir


Hidup diperantauan selalu menyukarkan atau menyempitkan gaya hidup kita. Al maklumlah, berada ditempat orang tidak seperti di negara kita sendiri. Berdikari dan survivality itu perlu sangat mahir. Dan tidak lupa juga, ekonomi masing-masing, atau dalam erti kata yang lain, status kewangan. Hal ini, sangatlah penting terutamanya untuk para pelajar yang kehidupan mereka bergantung kepada sumber elaun atau FAMA (father and mother) yang mana ditetapkan jumlahnya. Jika kita tidak mahir dalam menguruskan kewangan peribadi, maka kita juga telah gagal dalam merancang masa hadapan kita. Jadi, ayuh kita mula bijak mengurus wang!

InsyaAllah disini saya ingin menyarankan satu buku hasil karya Hajah Rohani yang merupakan seorang Pengerusi Ekselutif (CEO) dan ketua perunding di Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., iaitu sebuah firma pengurusan kewangan islam. Judul buku ini ialah “bijak mengurus wang.”

Menariknya buku ini ialah ianya memberi cadangan perancangan kewangan kepada beberapa kumpulan sasaran. Biarpun buku ini tidak menyentuh kepada para pelajar universiti macam mana mahu menjana kewangan yang lebih stabil, tetapi pendekatan yang digunakan didalam buku ini lebih ringan dan mudah difahami jika saya mahu bandingkan dengan beberapa buku perancangan kewangan yang lain. Biarpun ianya tidak menyentuh tentang para pelajar secara langsung, tetapi intipati pengurusan kewangan dalam kehidupan serta penjanaan kewangan melalui peniagaan dan sumber wang pasif yang mematuhi syariat islam boleh para pelajar jadikan ianya sebagai panduan.

Initipati yang paling utama, buku ini turut menyentuh perancangan kewangan yang boleh diamalkan pada masa tua nanti. Dari sistem simpanan gaji pencen serta macam mana mahu merancang kewangan untuk kesihatan pada hari tua kelak. Bak pepatah melayu, “ sediakan payung sebelum hujan.”

Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Mari baca dan amalkan. Ayuh, teman! Mari menjadi Abdul Rahman bin Auf di abad ke 20.

Harga: RM 25.00 semenanjung

Muka surat: 324

Terbitan: Galeri Ilmu


Post a Comment