Pirogov's Malaysian Intervasity Games (PMIG) III

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

13 April 2014- Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya sukan tahunan PMIG 2014 telah berakhir dengan jayanya. 

Temasya sukan yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11,12 dan 13 april 2014 telah diadakan di RNRMU, Moscow, Russia sebagai tuan rumah pada tahun ini. Program ini diadakan seawal pagi dan dihadiri oleh para peserta daripada lokaliti Nizhny Novgorad, St. Petersburg, Volgograd, Kursk dan juga Moscow.

Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola baling, badminton, bola jaring, bola keranjang, frisbee dan juga futsal. Tahniah diucapkan kepada RNRMU kerana berjaya meraih juara keseluruhan bagi temasya sukan kali ini. Syabas juga diucapkan kepada para peserta kerana berjaya menujukkan bakat yang terpendam dan semangat kesukanan yang tinggi.

Alhamdulillah, disamping dapat memenuhi muwasofat tarbiyah iaitu qawiyyul jismi,sukan tahunan kali ini juga dapat membina hubungan persaudaraan antara perserta daripada lokaliti yang berbeza. 

Akhir kata, kami pihak Azam russia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi memeriahkan dan melancarkan sukan tahunan ini. Moga-moga ukhuwah yang terjalin dalam PMIG ini tidak berhenti disini sahaja.

"Sesungguhnya sukan itu juga satu ibadah, tetapi dalam bersukan perlulah menjaga tatasusilanya agar permainan itu diredhai Allah. Jika kita mempunyai semangat yang tinggi dalam bersukan, moga-moga kita mempunyai semangat yang tinggi juga dalam berdakwah!"

Wallhua'lam.










Post a Comment