NIZHNY NOVGOROD | AKHAWAT GATHERING

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt.


Seperti kebiasaan, kedatangan bulan Mei disambut baik dengan kehadiran cuti yang agak panjang pada awal bulan.Dengan kesempatan yang ada untuk merehatkan minda serta melupakan bebanan pelajaran, AZAM Nizhny telah menganjurkan sebuah rehlah buat akhawat Nizhny. Pada tahun ini “Girls on Fire” menjadi tema pilihan. Tasik Шелоковское menjadi pilihan lokasi rehlah dan ia terletak kira-kira 30 minit dari hostel pelajar. Seawal jam 9.00 pagi, peserta telah memulakan perjalanan dari hostel sementara AJK rehlah menyediakan tempat dan makanan buat peserta.

Event bermula tepat jam 10.00 pagi dengan ucapan PIC rehlah, Saudari Siti Hajar binti Muhammad Farid dan diikuti dengan permainan. Seramai 40 orang peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan permainan pertama bermula. Permainan pertama memerlukan peserta menghabiskan makanan yang telah disediakan seperti buah epal, kek, telur rebus dan carrot mentah secara berpasangan. Suasana bertambah gamat apabila permainan kedua berlangsung. Peserta dikehendaki memecahkan belon pihak lawan yang diikat pada kaki salah seorang daripada mereka juga secara berpasangan.

Seterusnya, semua peserta berkumpul dan menikmati makanan BBQ seperti ayam, sosej, ikan bakar, kentang, mee goreng, coleslaw, sandwich, agar agar, dan donat. Pada jam 1.00 petang, permainan terakhir dijalankan namun hanya melibatkan senior 6th year. Event diikuti dengan ucapan penghargaan, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan kemudian diakhiri dengan sesi fotografi di tepi tasik yang cukup indah sebagai kenangan buat semua.

Sesungguhnya, rehlah pada kali ini membawa peserta mentadabbur alam ciptaan Allah yang cukup indah ini di samping mengeratkan ukhuwwah dalam kalangan peserta.

 Sabda Rasulullah SAW : - 

“Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar terhadap gangguan mereka adalah lebih baik dariada orang yang tidak bergaul dengan mereka dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka.” 
[Riwayat Ibnu Majjah dan Ahmad]

Wallahua'lam.








Post a Comment