VOLGOGRAD | REHLAH SPRING GATE

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Pada 1 Mei 2014, pihak AZAM lokaliti Volgograd telah mengadakan sebuah rehlah 'Spring Getaway' bagi para muslimah bertemakan Sahabat Selamanya.
Para pelajar telah diminta untuk berkumpul di dataran Sedmaya Gvardeskaya namun atas sebab roadblock, lokasi berkumpul telah ditukar ke hostel Hiroshima. Manusia merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. 2 bas telah disediakan bagi pengangkutan para pelajar ke Dacha universiti.

Majlis bermula dengan ucapan doa dan tazkirah ringkas bertajuk 'Ukhuwwah'. Kemudian, para pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti mengalihkan kacang hijau menggunakan chopstick, darts, sukaneka dan sebagainya. Bagi mengumpul markah bonus, telah diadakan juga side game 'Parody gambar' di mana setiap kumpulan diberikan 6 keping gambar untuk dibuat parody.
Terima kasih diucapkan buat chef-chef yang bertungkus lumus membakar ayam. Menu utama yang disediakan adalah ayam BBQ, sos black pepper, coleslaw, puding roti, agar-agar dan air sirap. Jualan choc cake dan cupcakes juga mendapat sambutan yang hangat
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah. 
InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan.

Wallahua'lam.








Post a Comment