MOSCOW | BENGKEL CUPCAKE

0 comments


Assalamualaikum wbt

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 9 November 2014, satu bengkel cupcake telah diadakan di surau lokaliti MAI. Bengkel dianjurkan oleh Team Cuppa Azam Moscow dan dikendalikan oleh saudari Ernisha Saib.




Bengkel yang bermula pada jam 11pagi itu telah disertai oleh 15 orang pelajar perempuan.Pelbagai tips-tips telah dikongsikan bersama antaranya cara-cara membuat dan menghias kek dengan betul dan menarik.Terdapat banyak idea hiasan yang telah ditunjukkan.



Semua peserta diberi peluang untuk mencuba pelbagai corak hiasan diatas cupcake yang telah disediakan.Masing-masing menunjukkan bakat seni yang terpendam dalam menghias kek.Ada yang berjaya pada cubaan pertama dan ada juga yang berjaya setelah cubaan yang kedua dan seterusnya.

Setelah semua selesai, semua peserta dibenarkan untuk membawa pulang hasil hiasan cupcake yang telah berjaya mereka hasilkan.Majlis berakhir pada sekitar jam 4 petang dengan sesi fotografi secara beramai-ramai.





Post a Comment