NIZHNY NOVGOROD | WARISAN HANG TUAH

0 comments





Assalamualaikum wrt.

Berbaju kurung cantik berseri,
Gandingan hebat sampin bersulam,
Warisan Hang Tuah nama diberi,
Menghidupkan kembali nostalgia silam.
 
9hb November 2014, tarikh keramat di mana gelanggang Hang Tuah dibuka kepada seluruh warga Nizhny Novgorod. Dengan tagline "Ayuh kita hidupkan kembali nostalgia silam dengan permainan tradisional", Kelab UMNO Nizhny Novgorod telah menganjurkan pelbagai pertandingan permainan tradisional warisan termasuk congkak, dam, ceper, batu seremban dan lain lain.

Seawal jam 10.30 pagi, warga Nizhny mula membanjiri dewan Hostel 3. Alunan muzik dan lagu tradisional menambahkan lagi kemeriahan program. Permainan crossword berkenaan permainan tradisional merupakan satu satunya permainan yang terbuka untuk semua pengunjung. Permainan dam, ceper, guli, carrom terbuka untuk pengunjung lelaki manakala carrom, batu seremban, dan congkak terbuka untuk pengunjung perempuan.






Setelah permainan selesai, pihak KuNizh memperkenalkan barisan AJK dan Majlis Tertinggi baru 2014/2015 di bawah tampuk kepimpinan Presiden Kunizh, Saudari Annis Farahanna binti Zulkifli. Seterusnya, acara penyampaian hadiah berlangsung dan Anugerah Pakaian Terbaik Warisan Hang Tuah dimenangi oleh Muhammad Arif Azri b. Zainur Rashid dan Siti Hajar binti Mohd. Farid. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan makan tengah hari beramai ramai.








 

.


Post a Comment