Exam susah? Hidup lagi susah.

0 comments
Bismilllahirahmanirahim



   
Exam susah?

    Last minute study? Susah untuk menghafal topik-topik exam? Stress melihat buku-buku yang banyak? Banyak benda tidak study lagi? Tidak yakin akan dapat menjawab exam dengan baik? Takut untuk menghadapi hari ujian? Dah lama buat persiapan, tapi masih belum habis membaca lagi?

    Segala persoalan diatas sering bermain dalam fikiran seorang insan yang bernama pelajar atau mahasiswa. Lebih-lebih lagi, jika tidak mengamalkan konsep study smart. Apabila menghadapi peperiksaan, keyakinan kita mula menurun dan otak kejang sebab tidak cukup tidur. Inilah natijahnya dengan langkah yang tidak bijak.
.
    Hasilnya, keputusan peperiksaan kita menjadi tidak cantik dan memuaskan. Bukan setakat itu sahaja kesannya, kita akan mula bersikap moody atau memaparkan akhlak yang tidak cantik. Mula menyalahkan cikgu atas dasar soalan yang mengarut dan tidak diberi peluang yang sama rata. Bermasam muka dengan kawan-kawan, dan merasa tidak puas hati kepada kawan yang bernasib baik. Frustation tersebut baru bermula. Kenapa? Kerana kita merasai susahnya peperiksaan itu.




Hidup lagi susah. Tahu!

    Sedarkah kita, bahawa peperiksaan itu merupakan secebis cabaran daripada hidup kita. Jika menjawab peperiksaan itu adalah sesuatu yang sukar bagi kita, maka banyak lagi kesusahan yang kita perlu lalui dalam kehidupan ini.

    Lupakah kita dengan cabaran apabila masuk alam pekerjaan nanti? Bagaimana dengan cabaran berumahtangga, cabaran berada jauh dari keluarga, cabaran sebagai seorang muslim di negara soviet ini? Mampukah kita untuk menghadapi realiti itu nanti?

Kenapa susah?

    Allah SWT berfirman,

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 (Al-Ankabut: 2)

    Sesungguhnya sebahagian daripada kesusahan yang kita alami adalah satu ujian daripada Allah kepada kita. Sebagai satu ujian keimanan kita. Maksudnya, sejauh mana kita  menyakini hakikat penghambaan kepada Allah, percayanya kita terhadap perancangan Allah dan berserahnya kita segala pengharapan kepada Allah ke atas apa yang berlaku kepada kita.

    Jika peperiksaan dinilai melalui sistem yang bersifat manusiawi dan bermarkah, macam mana Allah menilai kita? Firman Allah,

Katakanlah lagi: Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Dia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya.
 (As-Saba : 26)

    "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
 ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

    Sistem yang Allah gunakan untuk menilai manusia adalah satu sistem yang bersifat rabbani dan mencukupi setiap aspek kehidupan makhluknya. Tuntasnya, kita dinilai berdasarkan:

  • amalan
  • keikhlasan
  • akhlak
  • keimanan

    Sistem penilaian ini adalah satu sistem yang saling bersangkut paut antara satu sama lain. Akan menghasilkan satu sistem yang seimbang berteraskan faktor keimanan. Dan ingatlah, setiap perlakuan kita pasti dicatat. Hasilnya, hanya kita tahu apabila masanya sudah tiba kelak.

Elak kesusahan?

    Sejujurnya kita tidak mampu untuk mengelakkan kesusahan. Kenapa? Firman Allah,

Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan .
(Al-Insyirah :7)

Kesulitan atau kesusahan itu pasti akan ada, dan yakinlah Allah akan permudahkan urusan kita. Pepatah melayu juga bermadah,

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Akan tetapi kita dapat mengurangkan kesusahan untuk masa yang akan datang. Macam mana?

  1. Amal yang konsisten

Amal yang bersifat konsisten akan menjamin penyucian hati secara konsisten. Dengan perlakuan ini, kita dapat memastikan akhlak dan keikhlasan kita selalu terjaga. Tambahan pula, kita dapat selalu mengingati Allah.

  1. Membukitkan kapasiti diri

    Nenek moyang kita berpesan,
        sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.

    Rajinkan diri untuk meningkatkan potensi diri dengan membaca, menyumbangkan idea dan tenaga. Setiap kejayaan ada permulaannya. Mulakan sekarang, insyaAllah kita mampu memaksimakan kapasiti diri kita. Manfaatnya, segala cabaran yang mendatang insyaAllah dapat dihadapi dengan mudah.

  1. Senyum selalu

    Jadilah seorang yang bersikap optimis. Aura yang optimis mudah memberi kesan kepada orang disekeliling kita. Kesannya, suasana yang positif. Bukan itu sahaja, manusia yang berakhlak juga dapat dibina. Baru sedap mata memandang. Jadi, senyumlah sokmo.


Post a Comment