NIZHNY NOVGOROD | BENGKEL AKTIVIS AZAM

0 comments
Assalamualaikum wrt.



Akhir Februari 2015, AZAM Nizhny menganjurkan satu bengkel khas buat aktivis AZAM dengan hadaf untuk meningkatkan hamasah diri aktivis di samping memperkenalkan tampuk kepimpinan terbaru AZAM Nizhny kepada aktivis. Bengkel bermula pada jam 10pagi dan dimulakan dengan slot pertama iaitu slot Pengenalan AZAM serta tujuannya ditubuhkan. Slot ini disampaikan oleh mantan Presiden Azam Nizhny, Saudara Nasir Zainal Abidin. Penyampaian yang sangat menarik ini diharapkan dapat meningkatkan kembali hamasah aktivis dan mengingatkan semula tentang tujuan mereka sebagai aktivis.



Slot kedua diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bersama Majlis Tertinggi AZAM serta muhasabah gerak kerja dan aktiviti sem lepas. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Tertinggi AZAM Nizhny 2014/2015 atas segala jasa, nasihat dan tunjuk ajar kepada aktivis. Tahniah dan takziah pula diucapkan kepada tampuk kepimpinan terbaru 2015/2016. Moga terus bersemangat, dan dapat menjalankan amanah Allah dengan penuh dedikasi.


"Dengan Keazaman Kita Bermula"







Post a Comment