NIZHNY NOVGOROD | I AM A HOUSEMAN

0 comments
[ I AM A HOUSEMAN ]


Assalamualaikum wrt.







Pada hari Ahad lepas, AZAM Nizhny dengan kerjasama PPIM Nizhny dan Kunizh telah menganjurkan satu program khas berbentuk talk, I am a Houseman. Program yang dibuat khusus untuk pelajar tahun akhir ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang karier, pengurusan kewangan dan pengalaman-pengalaman bekerja sebagai seorang HO dan seterusnya seorang doktor.


Slot pertama telah merungkai Career Pathway atau perjalanan kerjaya seorang doktor selepas menamatkan pengajian. Talk yang disampaikan oleh Saudara Shahanshah Fitri ini menerangkan tentang hala tuju dan proses yang perlu seseorang lakukan jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat specialist.






Slot kedua telah disampaikan dengan penuh semangat oleh Saudari Nurul Farahin Zulkarnain tentang tips tips kewangan yang sangat menarik. Turut ditekankan juga mengenai perancangan kewangan yang ideal bagi seorang doktor.


“I believe that through knowledge and discipline, financial peace is possible for all of us.” -Dave Ramsey-


Seterusnya, slot ketiga yang berbentuk sharing telah dibuat dalam bentuk video chat bersama seorang senior Nizhny yang begitu hebat, Saudara Syamirullah yang bercerita mengenai pengalaman-pengalaman menarik bergelar seorang HO.





Slot terakhir merupakan slot aktivti & games. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan makan tengah hari. Berdasarkan maklum balas peserta, program ini banyak memberi manfaat dan ilmu kepada mereka sebagai persediaan untuk menjadi doctor nanti.


“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Hadith Riwayat Bukhari)



Wallahualam.


Post a Comment