SPAGHETTI BEST NANANANDOS

0 comments
Assalamualaikum w.b.t.


Aduhaii sedap nya, macam mana nak diet ni? Apa nak buat ni? Hmmmm tapi hurm tak apalah. Cheating day okay hari ni?
Hari ni sahaja. Janji. hikhik
Bosan dengan nasi? Mehla beralih ke spaghetti! Resepi biasa-biasa sahaja tetapi yang biasa itu la lagi best, ye dak?

Bahan-bahan :
200 gram spaghetti yang direbus
Sedikit  minyak
1 batang serai –diracik halus
5-6 ulas bawang putih – dicincang halus
1 biji telur
Sedikit perahan lemon
1 genggam udang
Sedikit lada benggala
Daun parsley
½ sudu teh lada hitam
1-2 sudu sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1.      Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih. Biarkan seketika sehingga harum.
2.      Kemudian masukkan serai yang telah diracik halus dan pecahkan telur.
3.      Masukkan lada benggala dan udang yang telah dikupas kulitnya.
4.      Apabila udang telah masak, masukkan sos tiram, daun parsley, lada hitam dan perahan lemon.
5.      Masukkan spaghetti yang telah direbus dan tambah sedikit garam dan kiub pati ayam.

Mee tu macam biasa. Rebus sampai lembut, letak garam lepas mendidih. Minyak jangan lupa! Lepas tu tapis, basuh dengan air sejuk supaya struktur lawa.
Takde serai? Tuu roommate ade, jangan risau. Pinjam se (baca satu) nanti balik Malaysia ganti.
Perahan lemon lagi banyak lagi best!
Itu je kot. Boleh tambah bahan-bahan yang nak ikut citarasa sendiri. Jangan buang duit makan dekat luar even currency turun

Buat yang nak diet, harini je okay cheating day? Hihi

Adios. Selamat mencuba dan salam!


Post a Comment