NADWAH NEGARA RAHMAH AKTIVIS AZAM MOSCOW

0 comments
[ MOSCOW ] 

NADWAH NEGARA RAHMAH AKTIVIS AZAM MOSCOW


MOSCOW, 1 Nov - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pada 1 November 2015 yang lalu, telah diadakan sebuah program nadwah (konferens), yang mengumpulkan 30 aktivis teras AZAM Russia cawangan Moscow.


Bertemakan “Negara Rahmah”, nadwah dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Presiden AZAM Russia, Ilham Muntari dengan kertas yang bertajuk “ Negara Rahmah Menurut Mazohir Usul 1 al-Banna.” Para aktivis didedahkan ciri-ciri pembentukan sebuah negara berdasarkan islam yang syumul.


Sesi nadwah diteruskan dengan pembentangan dan perbahasan oleh setiap aktivis yang dibahagi mengikut kumpulan. Antara intipati perbincangan nadwah ialah realiti semasa negara, idealisma-idealisma yang wajar diketengahkan, dan peranan semua pihak dalam membentuk Negara Rahmah. Aspek yang dibincangkan menyentuh isu Politik, Ekonomi, Masyarakat Majmuk dan Wanita serta Keluarga.

Diharapkan, menerusi nadwah ini, para aktivis teras AZAM Moscow dapat menjana kefahaman yang lebih mendalam dalam diri tentang isu-isu kritikal di Malaysia, seterusnya meletakkan aspirasi dan idealisma bersama dalam menyampaikan Malaysia menuju Negara Rahmah, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Saba’ ayat ke 15; “Baldatan Toyyibatan wa Rabbun Ghafur (negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun).

PRESIDEN AZAM RUSSIA
PARA AKTIVIS 
SESI PEMBENTANGAN
SESI PEMBENTANGAN
PARA AKTIVIS TERAS AZAM RUSSIA CAWANGAN MOSCOW



Post a Comment